Terdapat setidaknya tiga teori mengenai bagaimana kupu-kupu ini mempunyai corak yang berbeda pada sayapnya: (1) bentuk tombak hitam atau hijau melintangnya menyerupai duri tajam; (2) bentuk tombak hijaunya memimik corak penyamaran daun pakis bila kupu-kupu ini beristirahat; (3) ketika terbang, corak hitam dan hijaunya menyerupai burung Eurylaimidae yang sedang terbang. Tiga spesies Calyptomena di Borneo dijumpai di habitat yang sama dengan kupu-kupu sayap-burung raja brooke, yang ditemukan dari tanah dataran rendah berhutan 2,000 m dari Gunung Kinabalu. Beberapa pengamat menyebut bahwa semua kupu-kupu sayap burung kalimantan sangat besar sehingga mudah dikelirukan sebagai burung yang terbang.
Seekor burung yang sedang memburu serangga tampaknya tidak akan menyerang burung untuk makan. Bila corak sayap anggota genus ini menyerupai bulu burung Eurylaimidae, maka ihal ini mungkin menjadi suatu kasus Mimikri Müller kerana kedua spesies mempunyai sayap yang tertutup corak seperti duri. Selain itu, anggota Eurylaimidae memiliki perlindungan kerana paruhnya besar, begitu juga kupu-kupunya kerana beracun.[1] Warna biru yang berevolusi pada Trogonoptera brookiana forma hecata dan Trogonoptera trojana dapat dijelaskan dengan keberadaan kacembang di habitatnya.