Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-9 Sultan Perak Darul Ridzuan Ke-33
ڤدوک سري سلطان ارسلان محب الدين شاه إبن المرحوم سلطان يوسف عزالدين شاه غفر الله له
Raja Azlan Shah telah dilahirkan pada 19 April 1928, di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Malaysia. Beliau merupakan putra dari Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-Hu dan Toh Puan Besar Hatijah binti Toh Indera Wangsa Ahmad.
Riwayat Pendidikan
Belajar di Government English School, Batu Gajah, kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
Ketua Hakim Negara
Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 setelah Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim pensiun pada 12 November 1982. Baginda menerima surat perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ahmad Shah di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia.
Raja Muda Perak
Raja Azlan Shah telah dilantik sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Juli 1983 setalah kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa I. 6am bulan kemudian, Sultan Idris Shah pun mangkat Raja Azlan Shah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada Desemberer 1985, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dilantik sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali juga dilantik sebagai Raja Permaisuri Perak. Semasa hidupnya, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila upacara resmi.
Sultan Perak
1 Juli 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak. Ketika itu baginda masih lagi memegang jabatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
3 Februari 1984 baginda mengundurkan diri dari jabatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak setalah kemangkatan Sultan ldris Shah.
3 Februari 1984 dinobatkan sebagai Sultan Perak ke-34. Upacara penobatan pada 9 Disember 1985 dinobatkan sebagai Sultan Perak secara resmi.
Meninggal Dunia
Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 jam 1:30 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana sakit pada usia 86 tahun. Kemangkatan baginda, diumumkan secara rasmi pada 3:45 petang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir cuti umum telah diumumkan di negeri Perak untuk 29 Mei supaya penduduk boleh memberi penghormatan terakhir kepada baginda akan disemayamkan di Balairong Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. mengumumkan bahawa bendera Malaysia diturunkan separuh tiang selama 7 hari, dan bendera Perak selama 100 hari. Di samping itu, "semua dunia hiburan dan perayaan" dibatalkan sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan Sultan Perak. Jenazah Baginda dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda saudara Baginda, Sultan Idris Shah di berdekatan dengan Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. selepas Solat Asar pada 29 Mei 2014 dan Baginda bergelar Marhum Al-Maghfur-lah.
Tanda Kehormatan
Tanda Kehormatan Perak
(DK, 3 Februari 1984 - 2001) (DK, 2001 - 28 Mei 2004) Penerima dan Penganugerah Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
Pendiri (2000) dan Penganugerah (2000 - 28 Mei 2014) Darjah Kerabat Sri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dihormati (DKSA)
Pendiri (2010), Penerima dan Penganugerah (2010 - 28 Mei 2014) Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlanii (DKA. I.)
Penerima (SPCM) dan Penganugerah (3 Februari 1984 - 28 Mei 2014) Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Cura Si Manja Kini
Selama memangku jabatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 sejak 1989 hingga 1994, Baginda Sultan Azlan Shah telah menerima berbagai tanda kehormatan luar negeri yang dianugerahkan kepadanya sebagai bentuk pengakuan atas peran aktif strategisnya dalam diplomasi internasional selama memimpin negara, diantaranya.