Takur leher emas (Psilopogon franklinii) adalah spesies takur dalam famili Megalaimidae. Spesies ini terdapat di Asia Tenggara, tempat mereka mendiami hutan pada ketinggian antara 900 dan 2.700m (3.000 dan 8.900ft). Spesies ini dinilai sebagai Risiko Rendah dalam Daftar Merah IUCN kerana sebarannya yang luas dan populasinya yang stabil.[1]
Spesies ini memiliki buluan punggung hijau terang dan buluan perut hijau kekuningan yang lebih pucat, sayap biru tua dan biru kehijauan di bawah ekor. Paruhnya hitam suram, dan hitam di sekeliling mata. Dahinya merah padam dan lehernya jingga. Kakinya kehijauan.[2] Panjangnya 20,5–23,5cm (8,1–9,3in) dan beratnya 50–101g (1,8–3,6oz).[3]
↑Short, L. L.; Horne, J. F. M.; Kirwan, G. M. (2014). "Golden-throated Psilopogon franklinii". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D. A.; de Juana, E. (ed.). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. Vol.7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International.