Ikhas Paling Serius adalah serial televisi Indonesia produksi Feregrine Studios yang ditayangkan perdana pada 1 Mei 2026 di Viu berdasarkan novel berjudul sama karya Fajar Sulaiman. Serial ini disutradarai oleh Farid Dermawan
dan dibintangi oleh Omar Daniel, Kimberly Ryder, dan Fahad Haydra.[1] Episode baru tayang setiap jumat & Sabtu.
Sinopsis
Fajar dibesarkan oleh ibunya, Winda, selepas bapanya meninggal dunia ketika dia masih bayi. Hubungan mereka sangat rapat dan penuh kasih sayang, namun dipenuhi dengan pelbagai kesulitan hidup. Apabila dewasa, Fajar diberi peluang untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Farah—seorang majikan muda yang tegas dan perfeksionis, yang di sebalik sikap kerasnya menyimpan luka emosi yang mendalam akibat kehilangan figura ayah.
Secara rahsia, Fajar ditugaskan oleh Willie, rakan baik Farah sejak kecil, untuk mengintip Farah. Namun, lama-kelamaan Fajar jatuh cinta kepadanya dan sebaliknya membantu mempertemukan Farah dengan ayah kandungnya. Mereka memulakan hubungan sulit yang perlu dirahsiakan daripada semua orang, termasuk Willie dan ibu masing-masing.
Konflik memuncak apabila rahsia Fajar terbongkar dan hubungan mereka pun berakhir. Di tengah tekanan keluarga, jangkaan perkahwinan yang diatur, serta ketegangan di tempat kerja, Fajar dan Farah terus bekerjasama untuk membongkar rasuah Willie dan percubaannya memaksa Farah berkahwin dengannya.