Jaga Dia Untukku adalah single kedua penyanyi MalaysiaSiti Nurhaliza, pada album ke-16 Fragmen. Lagu ini diciptakan oleh Aubrey Suwito dan lirknya ditulis oleh kakak iparnya, Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozisangdewi dan direkampada Januari 2014.
"Emosi dalam lagu ini mudah ditonjolkan apatah lagi Siti sendiri melaluinya. Tapi Siti cuba alun dan. terjemahkan dengan cara Siti. Tapi tiada babak yang menampakkan Siti seperti menangis, sebaliknya menampakkan. sisi tabah saat berdepan kesukaran itu."
— Siti Nurhaliza semasa merakamkan lagu Jaga Dia Untukku[4]
Lagu ini direkam pada Januari 2014,[5] di mana ia terinspirasi oleh perasaannya saat mengetahui mengalami kecelakaan motor pada Dieember 2012.[4] Sebagaimana lagu-lagu di dalam album Fragmen yang berkisah tentang sisi hidupnya,[6] Siti menyatakan lagu Jaga Dia Untukku sebagai "menerjemahkan segala perasaan Siti alami dan orang yang menghasilkannya."[6] Komposer lagu ini, Aubrey Suwito dan penulis lirik, Rozi Abdul Razak turut bersama-sama dengannya ketika peristiwa itu terjadi.[6]
Komposisi dan lirik
Lagu ini berdurasi selama 3 menit 23 detik,[7]Jaga Dia Untukku merupakan sebuah lagu dengan tempo bersederhana dan rancak. Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknya ditulis oleh kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak (Rozisangdewi). Lirik lagu ini semuanya diinspirasikan daripada pengalamannya berdepan saat getir setelah mendengar berita mengenai insiden dan kebimbangan untuk menjaganya, menurut Zaidi Mohamad dari Berita Harian, liriknya "menggambarkan kedukaan dan penderitaan jiwa dilihat cukup dekat dengan Siti saat mengenang kembali bagaimana beliau berdepan suasana duka apabila suaminya terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar hujung tahun 2012 di New Zealand.” [4]
Peluncuran dan promosi
Lagu ini ditampilkan kali pertama saat konser amal Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Februari.[8] Untuk peluncuran radio, Hot FM menjadi stasion radio pertama di Malaysia yang menyiarkan lagu ini secara eksklusif untuk pendengar Malaysia pada 2 Mei.[9][10]
Musik video
Sebagaimana musik video lagunya terdahulu, musik video Jaga Dia Untukku menjalani penggambaran di Puncak Pas, Cisauran, Kabupaten Bogor, Indonesia.[11] dan ia dipertontonkan kepada media semasa peluncuran album Fragmen pada 21 Juli. Ia menampilkan secara langsung beberapa kali termasuk dalam acara “Apa Saja FBI” di TV9.[12] Dalam musik video lagu ini, Siti Nurhaliza tampil mengenakan tudung dan busana berwarna coklatberlian dan ditemani oleh nyalaan lilin dan menampilkan rekaman klip pasangan kekasih dan seorang penunggang motor yang mengalami kecelakaan di jalan raya, dari awal hingga akhir musik video.
Penampilan langsung
Selain persembahan pertama lagu ini semasa konser Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 Februari, lagu itu juga ditampilkan saat Minggu Setiausaha selama dua Hari, Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza.[9][13]
Kredit
Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Fragmen.[14]
↑Catatan 1: Walaupun ia telah dilaporkan bahawa lagu itu dikeluarkan di iTunes pada 4 April, lagu itu sebenarnya dikeluarkan pada 4 Mei, dua hari selepas beliau mempromosikan lagu ini di stesen radio.
↑Catatan 2: Single ini boleh mencatatkan lebih tinggi daripada yang dinyatakan di sini, kerana data oleh Muzik Mingguan Asia mula boleh didapati kemudian selepas pelancaran single pada 4 Mei.
↑Music Weekly Staff (25 Ogos 2014). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarsipkan dari asli tanggal 2014-08-25. Diakses tanggal 2017-02-24.;
↑Norimy Aimi (6 Disember 2014). "Datuk Siti Nurhaliza Kuasai AIM 21". Mangga Online. Utusan Karya Sdn Bhd. Diarsipkan dari asli tanggal 2014-12-09. Diakses tanggal 2014-12-07.;