Paduka Sri Sultan Abdul Rahman I Muazzam Syah bin al-Marhum Sultan Mahmud Syah Alam (lahir dengan nama Tengku Jumaat Abdul Rahman) adalah Sultan dan Yang di-Pertuan BesarJohor-Pahang ke-16 (yang memerintah dari tahun 1811–1819)[1] dan Sultan Riau-Lingga pertama (memerintah dari tahun 1811–1832).[2]
Pada tahun 1818, dengan dukungan kuat dari Yang Dipertuan Muda Johor-Riau, Raja Jaafar, Abdul Rahman Muazzam Syah dilantik sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Syah bin al-marhum Sultan Mahmud III Alam Syah. Ketika era pemerintahannya, Riau-Lingga telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada 1 Syawal 1249 Hijriyah (1823 Masehi) Sultan Abdul Rahman telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat di Kepulauan Riau yang masih ada hingga hari ini.[3]
Budaya populer
Sultan Abdul Rahman diwatakkan dalam film tahun 2009 Mata Pena Mata Hati Raja Ali Haji sebagai Tengku Abdul Rahman, yang dilantik oleh Yan Dipertuan Muda Riau, Raja Ja'far sebagai Sultan Johor berikutnya pasca kewafatan ayahandanya Sultan Mahmud Syah III.